Menurut Ziela, kehidupannya seratus peratus berubah dan dia keseorangan menjaga dua anak yang ditinggalkan oleh Allahyarham yang juga merupakan bekas Menteri Perdagangan Dalam Ne­geri dan Hal Ehwal Pengguna, selain gigih mencari nafkah untuk meneruskan kehidupan mereka anak-beranak.

Justeru, Ziela atau nama sebenarnya Norzilah Abdul Jalil, 46, yang baru sahaja menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) berkata, gelaran Datuk yang diterima dari Istana Pahang itu, telah sedikit seba­nyak membuktikan kerja kerasnya dalam bidang seni selama ini dipandang pihak lain.

Katanya, selepas kematian suami, ramai yang menyangka kehidupan saya hanya berharapkan bekalan harta peninggalan suami. Tetapi, sebenarnya saya tidak perlu jelaskan kepada mereka apa yang saya usahakan untuk anak-anak selama ini. Bagaimana saya perlu berjuang untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang balu, dengan anak-anak yang masih kecil pada ketika itu.


Hasil perkongsian hidup sebagai isteri kedua Allahyarham, Ziela mempunyai dua orang anak, Puteri Julia Nabilah, 23 dan Megat Jufri Nasrullah, 21,.  Beliau juga mempunyai  seorang anak angkat iaitu Ibrahim Junid Abdullah yang baru berusia empat tahun. Satu lagi saya tabik dengan Ziela Jalil sebab begitu setia menjaga ibunya.  Tak hairan rezekinya murah kerana ibu tersayang sentiasa bersama.  Doa ibu itu telus dan suci.

Pemilik syarikat produksi Pena Creative Pictures Sdn. Bhd ini tidak menolak bahawa dia terpaksa memberikan fokus secara total kepada bidang penerbitan drama selepas hilang tempat bergantung. Kehidupannya sebagai ibu tunggal memang cukup mencabar. Moga Datuk Ziela Jalil terus sukses dan dalam keberkatan Allah swt sekeluarga.

#ariahjudah