Monday, February 22, 2016

Zizan bakal bergelar pelumba



Berita gempar.  Terbaru. Masih panas lagi. Mari kita kongsi maklumat ni.  Saya memang sokong penuh Zizan Razak.  Takat ini Zizan adalah  terbaikkk dalam kalangan pelawak Raja Lawak. Tahniah kepada anak muda ini. Tu le berkat sentiasa bersama ibu dan bapa. Mereka adalah insan terulung di sisi seorang anak. Kebahagiaan mereka adalah segalanya.

Ok gini nak tau Zizan Razak punya kerjaya baharu. Tak lama lagi dia bakal bergelar pelumba kereta profesional tahun ini.  Kau ada????? Masa kini Zizan kerap  berada di litar lumba kereta.  Dia giat belajar teknik pemanduan di litar. Nah tak lama lagi tercapai le impian menjadi pelumba kereta.

Zizan Razak, 32 bukan sekadar glamor di pentas tapi terbukti litar. Kita tunggu siapa penaja yang bakal bersama Zizan. Dengar2 kini Zizan sudah berjaya mendapat sebuah kereta lumba yang bakal digunakannya di litar sebagai pelumba profesional. Wowww hebat Zizan.

Untuk menghadapi perlumbaan pertamanya pada Jun 2016 ini, Keifli Othman pelumba kereta hebat menjadi "sifu" Zizan. Tentu meriah luar biasa nanti litar itu. Zizan yang memang amat popular akan pengaruhi orang ramai berduyun2 ke litar. Selamat maju jaya dengan cemerlang Zizan

#ariahjudah

No comments:

Post a Comment