Sunday, January 24, 2016

Ciri2 wartawan dalam cerita Bajrangi Bhaijaan lakonan Salman Khan



Hati puas walaupun terpaksa tidur jam 4 pagi. Tak menyesal langsung pun. Kami menonton Bajrangi Bhaijaan , cerita hindi yang hot lakonan Salman Khan dan Kareena Kapoor. Namun yang menguatkan cerita watak kanak2 bisu dan watak wartawan lelaki. Munni watak kanak2 perempuan bisu. Amat bijak pengarah memilih watak ini.  Dia seorang kanak2 yang comel, putih dan cute. Wajahnya memang sesuai dengan watak Munni yang terpisah dari ibunya. Apapun, untuk kali ini saya ingin kongsi peranan watak wartawan lelaki dalam filem itu. Pada mula kemunculannya, watak wartawan itu agak lawak tapi mungkin itu teknik pengarah memperkenalkan watak ketika cerita dah berjalan. Watak muncul tiba2 yang memang diperlukan melapor bersesuaian dengan keadaan politik semasa di India dan Pakistan. Dia wartawan penyiaran. Ternyata watak wartawan dalam filem ini bukan terampilan. Wataknya bijak  serta  dikembangkan dengan etika dan emosi. Seorang wartawan yang kental, bersemangat, detail dan penuh kasih sayang.

Memang tak dinafikan seorang wartawan itu perlu mempraktikkan sifat ingin tahu tanpa mudah mengalah. Juga mesti menjadi permerhati yang setia serta bijak menggunakan kemudahan yang disediakan. Kamera perlu ada ditangan dan kreativiti menyampaikan berita digunakan dalam filem ini. Teknik lain yang digunakan ialah wartawan itu menggunakan watak menyamar demi mendapatkan berita yang memuaskan hati masyarakat.

Kuasa media sosial digunakan untuk membongkarkan kebenaran dalam filem hindi abad ini. Cerita ini penuh dengan perjuangan dan emosi walaupun watak utamanya tak ramai. Kuasa berita wartawan itu bukan saja menyedarkan manusia biasa tapim anggota keselamatan baik di pihak India mahu pun Pakistan.

No comments:

Post a Comment