Wednesday, December 23, 2015

Indah Pulau Pangkor Tapi Sedih Ada Di Dadanya



Assalamualaikum.  Agak lama tak menjenguk blog #ariahjudah ini. Ingin kukongsi sikit tentang Pulau Pangkor. Memang indah pemandangannya. Begitu pesona sekali. Angin bayunya nyaman. Mentari senja begitu cantik. Kemudahan tempat tinggal banyak.  Kedai dan gerai cenderamata pun banyak pilihan. Namun aku tersentuh ketika program e-Kasih. Ia antara pengisian Program Explorasi Malaysia yang diadakan  pada 20 hingga 22 Disember 2015 baru2 ini.

Ada keindahan yang memang begitu bijak menarik perhatian pengunjung.  Namun dunia sedih ada di di dada Pulau Pangkor.  Ramai tidak penduli kerana mereka berada di pulau ikan bilis bermata biru itu untuk bersuka ria. Nun di hujung sana terdapat keluarga yang menagih simpati. Ada ibu tunggal yang menyara anak2nya, Ada nenek yang bersusah payah membesarkan cucunya. Suami isteri yang sakit tanpa pekerjaan. Seorang wanita bujang susah hati kerna tahun 2016 tak boleh bekerja untuk menampung abangnya yang sakit mental. Dia akan berusia 60 tahun. Memang kasian menyelami keadaan yang ada di Pulau Pangkor.

No comments:

Post a Comment