Tuesday, December 15, 2015

Putus Terpaksa untuk hilang bosan

https://youtu.be/pym7pjXsSrU

Lagu dan irama tak dapat dipisahkan. Gitu le ungkapan lama yang pernah diucapkan oleh arwah Tan Sri P.Ramlee. Lewat petang begini mari kita kongsi dalam blog #ariahjudah ini tentang kuasa  lagu itu. Aku terasa kosong dan bosan tiba2 walaupun banyak keja kena buat. Lalu aku tiba2 teringat lagu hangat atau hot  yang dinyanyikan oleh Siti Nordiana atau Nana dalam program Extra  Vaganda baru2 ini. Tanpa berlega aku buka Youtuba dengan cari lagi Putus Terpaksa versi Nana. Memang best Nana nyanyikan lagu ini. Tak dinafikan penyanyi lagu asal pun best, iaitu Ziana Zain.

Tabik spring dengan #Sitinordiana @ Nana kerana menyanyikan lagu ini dengan key yang asal. Nampak dia relaks masa tarik suara.  Betul2 dengan gaya tersendiri. Berani Nana terbukti selepas berjaya menyanyikan lagu Putus Terpaksa. Ramai yang tersenyum lega.  Bahagia. Ramai yang tekaannya tepat. Siti Nordiana Johan Extra Vaganza musim kedua.

No comments:

Post a Comment