Tuesday, November 17, 2015

Perisa Vape cara baru pasarkan dadah


Hari ini isu vape menjadi bualan di mana2.  Tiba2 vape menjadi popular. Rokok dan vape dikaitkan.  Kononnya vape lebih baik dari rokok. Betul ke?  Macam2 versi cerita tentang vape.  Ada golongan tak puas hati sehingga menimbulkan persepsi. Antaranya, kononnya tindakan  pihak berkuasa terlalu tergesa2 dan cuba menghalang ekonomi peniaga. Tambahan pula tindakan Kementerian Kesihatan baru2 ini yang  membuat serbuan dan merampas cecair vapour menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai.

Sebenarnya vape ini boleh menggalakkan masyarakat untuk terus merokok walaupun menggunakan kaedah lain. Malahan, dengan popularnya vape ini lagi membahayakan rakyat dan negara.  Sindiket pengedaran dadah boleh mengeksploitasi cecair perisa vape kerana tiada undang-undang mengawal pengedarannya.

Kini ada maklumat bahawa tindakan memasarkan vape ini didalangi syarikat2 rokok. Mereka menyedari ramai yang berubah kepada vape berbanding rokok. Kononnya vape ini tidak bahaya seperti rokok. Ye ke? Jangan terlalu mudah membuat andaian. Adalah lebih baik tak merokok dan tak guna vape. Kedua2nya menyebabkan pembaziran wang semata2.

No comments:

Post a Comment