Tuesday, November 17, 2015

Tambang Komuter Dinaikkan Mulai Disember 2015



Mari kita kongsi sikit maklumat  tentangtambang komuter dinaikkan mulai 1 Disember 2015. Kenapa tambang itu perlu dinaikkan dalam keadaan ekonomi yang kurang sihat sekarang? Macam2 persoalan timbul. Sebenarnya, saya pernah menggunakan perkhidmatan komuter ini. Memang cepat dan selesa. Ketika itu tak terfikir harga tambang akan naik. Cuma kononnya kenaikan tersebut tak dapat dielakkan kerana KTM telah meningkatkan kekerapannya perkhidmatannya.   Sekarang kekerapanya setiap 15 - 30 minit  dan ditingkatkan kepada 7.5 minit.  Bererti orang ramai mendapat kemudahan jugak le. Cuma bila ditimbulkan pasal kenaikan tambang dah tentu merimaskan rakyat khususnya pengguna komuter.  Kini rakyat tiada pilihan untuk menggunakan perkhidmatan awam selepas kenaikan harga tol  kerana tambang komuter juga dinaikkan.

Kadar kenaikan sebenarnya dijangka naik sebanyak 15 sen perkilometer berbanding sekarang sebanyak 11 sen. Perbezaan kenaikan tak banyak tapi ia tetap membebankan kerana kebetulan harga tol juga naik.  Apapun kenaikan ni banyak melibatkan rakyat di kawasan bandar.  Bab kenaikan ini memang berlaku di mana-mana negara.  Jadi Cuma ada pihak tertentu yang akan memanipulasikan isu kenaikan ini untuk kepentingan politik mereka.  Ini yang tak baiknya kerana siapa pun memerintah pasti ada isu kenaikan seperti tol, minyak, barangan dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment