Friday, November 6, 2015

Vape ada nikotin



Macam2 berita tentang vape ni. Tiba2 vape begitu glamor sekali.  Sebelum ini sibuk diuar-uarkan vape akan diharamkan. Namun perlu buat siasatan dulu.  Ada yang kata keuntungan jual vape ini lagi untung berbanding rokok.  Malahan di Kuala Lumpur kedai jual telefon bimbit telah ditukar dengan barangan vape.

Ketika ini ada berita Kementerian Kesihatan sedang mengkaji keperluan untuk mengenakan cukai terhadap rokok elektronik atau vape bagi menghalang ia daipada menjadi budaya dalam kalangan rakyat Malaysia. Apa yang nyata pengguna vape telah meningkat begitu ketara sekali. Kini terdapat lebih satu juta pengguna.

Perlu diingat cacair yang digunakan untuk vape mengandungi nikotin yang merupakan barang terkawal di bawah Akta Racun 1952.

No comments:

Post a Comment