Thursday, November 5, 2015

Apakah istimewanya vape



Negara bagai dilanda tsunami vape kali ini.  Mana2 pegi anak-anak muda menghisap vape. Rokok elektronik adalah sebuah inovasi moden. Memang nampak bergaya.  Asap pun lebih banyak berbanding rokok. Apa berpendapat kononnya vape ni tak membahayakan kesihatan. Pendapat ini tak logik kerana dalam vape pun ada nikotin.  Malahan lebih bahaya lagi sebab tiada dinyatakan kandungan nikotin di badan vape.  Nikotin  rokok dituliskan di kotak rokok berkenaan.

Perlu diambil perhatian beberapa pakar berpendapat penggunaan vape boleh menyebabkan ketagihan, denyutan nadi yang luar biasa, penyempitan saluran nadi, peningkatan tekanan darah, serangan jantung, angin, ulser perut dan usus.

Nah disebabkan  impaknya mengganggu kesihatan, KKM sedang mengkaji ruang perundangan bagi mengharamkan vapr dan terus berleluasa  penggunaannya dalam kalangab rakyat Malaysia.  Yang merisau disebabkan ingin mencuba dan suka2 mereka boleh ketagih. 

No comments:

Post a Comment