Thursday, November 5, 2015

Bengkel puaka - bunuh ala kes susilawati


Apa dah jadi keadaan sekarang ini??? Kes membunuh orang bagaikan perkara biasa. Saya menjadi takut.  Baru-baru Polis menahan sepasang suami isteri dan dua anak lelaki mereka dipercayai terbabit dalam kes bunuh melibatkan sekurang-kurangnya empat individu di sekitar daerah Tapah, dekat sini, minggu lepas.

Macam tak boleh percaya kerana satu keluarga berkomplot membunuh.  Kenapa begitu jadinya?
Pihak polis menyatakan penahanan itu susulan laporan kehilangan seorang lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pekebun dan ejen hartanah di Kampung Sungai Lah, Chenderiang dekat Tapah pada 25 Oktober lepas. Tabik dengan polis Malaysia mereka memang cekap.

Kesemua suspek ditahan di sebuah rumah di Jalan Pahang, Tapah kira-kira pukul 1.30 tengah hari, pada 26 Oktober lepas. Suspek terdiri  pasangan suami isteri yang berusia 57 (suami) dan 54 tahun (isteri) serta dua anak lelakinya masing-masing berusia 20 dan 17 tahun. Mengapalah satu keluarga jadi pembunuh?

Kononnya sisa pembakaran telah dibuang ke dalam sungai yang berhampiran manakala motosikal mangsa ditinggalkan di tepi jalan menghala ke Cameron Highlands. Memang pedih kejadian ini. Mereka sanggup bunuh dan bakar. Bagaikan manusia itu mereka lihat seperti binatang.  Betapa hancurnya hati keluarga semua mangsa.

Berdasarkan siasatan lanjut terhadap suspek turut mendedahkan tiga lagi mangsa hilang di sekitar kawasan Tapah dipercayai telah dibunuh dan dibakar dengan modus operandi yang sama. Mangsa-mangsa itu ialah seorang wanita berusia 56 tahun, bekerja sebagai pengusaha bas dan dilapor hilang pada 1 Mac 2014, seorang lelaki berumur 24 tahun bekerja sebagai jurujual alat ganti kenderaan, dilapor hilang pada 15 Jun tahun yang sama dan seorang lelaki berusia berusia 36 tahun, bekerja di bengkel milik suspek yang dilapor hilang pada 30 Oktober 2012.


Apakah motif pembunuhan  itu?  Modus operandi bunuh itu ala kes Datuk Susilawati. Cuma bezanya kes Susilawati dibunuh di kawasan ladang  yang jauh dari kawasan orang ramai.  Sebab pembunuhan kali ini adalah  berkaitan dengan hutang, penjualan tanah yang gagal serta seorang daripada mangsa dibunuh dipercayai mencuri barang hak milik suspek.

Kita tunggu apa berlaku seterusnya kepada suspek.  Jika betul sabit kesalahan mereka membunuh sewajarnya tindakan setimpal mesti diambil. Kini kawasan ruamh suspek  di Batu 1, Jalan Pahang, Tapah dalam kawalan polis.  Rumah berkenaan  turut menempatkan bengkel membaiki kenderaan dan  terdapat lebih 20 ekor anjing berkeliaran di kawasan rumah.  Adakah anjing itu milik suspek???

No comments:

Post a Comment