Tuesday, August 25, 2015

Apa Kata Gen Y



Apa Kata Gen Y adalah forum yang membincangkan semangat cintakan negara yang fokusnya dalam kalangan mahasiswa di pusat pengajian tinggi.  Yang terbaru adalah program yang dilaksanakan  di UiTM Kampus Sabah di Kota Kinabalu. Memang para panel seramai  tiga orang telah memberi idea yang amat bagus. Dr Rozita Uji Mohammad selaku moderator mempunya kreadibiliti yang mantap. Beliau mengguna teknik komunikasi yang amat baik dan  menarik perhatian para siswa dan siswi. Dr Rozita menggunakan perkatan dan ayat2 yang boleh mengusik.  Ternyata hampir semua audien terpesona dengan cara beliau.  Tahniah Dr.  Setakat ini  yang terbaikkkkk. Wowwww.  Bahagia menghadiri program ilmu itu.

Sesungguhnya jika audien ramai dan penuh dewan adalah lebih baik lagi.  Cuma saya puji Dr dan ahli penal kerana tanpa seorang penal (dimaklumkan dari UMS) tidak datang, mereka dapat melaksanakan forum itu dengan jayanya. Alangkah  luar biasanya mereka dalam berkongsi ilmu cinta negara.  Saya memang terharu dan bersyukur.  Tidak lupa juga dinyatkan di sini bahawa YB Datuk Jainab ketika ucapan perasmiannya juga begitu bersemangat.  Datuk itu manis dan suaranya jelas.  Sesekali dia mengusik siswa dan siswi. Program yang diadakan sempena perayaan Hari Kebangsaan 2015 ini bertema #sehatisejiwa dengan kerjasama Jabatah Penerangan negeri Sabah. Terima kasih daun keladi. #sehatisejiwa #myhebat.

No comments:

Post a Comment