Thursday, August 27, 2015

Lahad Datu Diancam Gempa Besar



Assalamualaikum dan salam #sehati sejiwa untuk pembaca blog ariahjudah.  Harap semuanya sihat dan semangat merdeka kian berkobar2 menunggu detik 31 Ogos hanya tinggal beberapa jam lagi. 

Di sini saya ingin kongsikan debaran dan kerisauan saya  bukan mengenai kemerdekaan tetapi berkaitan berita yang saya baca di akhbar. Pada Ahad lalau tajuk berita di akhbar : Lahad Datu Diancam Gempah Besar. Memang amat menakutkan.  Moga Allah jua yang maha tahu dan berkuasa. Selepas gempa bumi bermagnitud 5.9 di Ranau pada 5 Jun yang lalu, ada ramalan kononnya gempa bumi lebih besar akan berlaku di Sabah bila-bila masa.  Kali ini lokasinya  di Lahad Datu. Aduiiiii amat menakutkan. Ramalan ini berdasarkan pola gempa kuat dan sederhana di daerah itu setiap 8 hingga 10 tahun yang lalu dan kali terakhir pada 2004. Kawasan itu pernah ditimpa gempa berskala 6.2 pada 1976. Ia terbesar permah berlaku di negara ini.  Ia dijangka akan berulang di Lahad Datu kerana rekod selepas gempa  di Lahad Datu sejak 39 tahun yang lalu , hanya gempa mencapai angka yang sederhana dan lemah  selepas gempa pada 26 Julai 1976.

Apa yang membimbingkan ialah, jika gempa bumi berlaku bila-bila masa dari sekarang. Ia mungkin berskala besar menyamai apa yang berlaku tahun 1976. Perkara yang amat merisaukan adakah pihak berkenaan telah membuat sebarang persediaan untuk menghadapi gempah bumi itu???? JIka tidak kita seolah-olah cuma menunggu saja bencana itu berlaku. Bencana gempa bumi di Sabah cuma diambil perhatian selepas gempah bumi di Ranau. Sebelum ini kurang dipedulikan walaupun gempa bumi pernah berlaku di Sabah khususnya di Lahad Datu.

No comments:

Post a Comment