Tuesday, August 25, 2015

Stacy peluk Islam



Assalamualaikum dan salam #sehatisejiwa.  Agal lama saya tidak mencatat dalam blog ariahjudah ini. Bukan disengajakan tapi kesibukan itu menguasai masa untuk menulis di blog ini.  Harap2 kekawan yang membaca blog ariahjudah setia walaupun agak jarang diupdate.  Terima kasih dan tahniah.

Hari ini saya amat terpanggil untuk berkongsi kegembiraan.  Awal pagi tadi jiwa saya begitu meriah semasa melihat tajuk akhbar Stacy peluk Islam.  Alhamdulilah. Penyanyi yang berusia 25 tahun ini mendapat hidayah untuk memeluk Islam dengan disaksikan oleh kedua ibu bapa Akim (kekasih) dan ibu Stacy sendiri. Allah swt jua yang maha tahu.

Bekas peserta program realiti Akademik Fantasia musim keenam ini memilih nama Ummu Syaikhah Stacy Abdullah. Moga hidayah yang diperolehi Stacy ini akan menjadikan beliau sentiasa dalam keredhaan dan keberkatan di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment