Tuesday, May 5, 2015

khasiat ketam

Ketam sering dikaitkan dengan denggi. Denggi tiada ubat yang khusus.  Hampir setiap keluarga jika ada ahli keluarga yang diserang denggi, tentunya mereka akan mencari ketam.Sup ketam sesuai untuk  penyakit denggi.  Kebetulan denggi begitu membahayakan sekarang. Hospital jadi kalut disebabkan ruang katil penuh disebabkan pesakit denggi. Ada yang mencadangkan pesakit kena minum air 100 plus.  Pesakit digalakkan minum air banyak di samping rawatan  dan ubat-ubatan hospital.

Untuk memudahkan sesiapa yang memerlukan sup ketam untuk rawatan ahli keluarga atau kekawan yang diserang denggi, mari kita kongsi resepi Sup Ketam.

Sup Ketam

Bahan-bahannya:
  • 2 ekor ketam segar @ ketam nipah
  •  4 ulas bawang putih ( ditumbuk )
  • 1 ulas bawang merah kecil ( ditumbuk )
  • 1 batang serai ( diketuk )
  • 6 biji lada hitam  ( ditumbuk )
  • 3 gelas air
  • sedikit garam dan gula mengikut citarasa
Cara-cara membuatnya:


Tumbuk  lada hitam, bawang putih dan bawang merah biar hancur. Basuh ketam dengan bersih ( buang isi perut yang kotor ). Masukkan air ke dalam periuk. Apabila air sudah mendidih masukkan bahan yang ditumbuk tadi.  Masukkan ketam dan kacau dan  biarkan seketika.Masukkan pula serai dan sedikit garam, gula mengikut citarasa. Biarkan mendidih sehingga ketam itu  masak. Banyakkan minum sup ketam selain makan isinya.

Semoga sihat.

No comments:

Post a Comment