Sunday, May 10, 2015

Fahrin Ahmad nikah paramugari cantikkk






Tiba-tiba terkejut tengok berita artis kacak Fahrin Ahmad dah nikah. Dia tak pernah ceritakan ada teman wanita dari kalangan paramugari. Lalu saya terus tertanya2 siapa gadis yang bertuah tu. Gadis atau janda. Memang tak sabar melihat Fahrin jadi suami.  Rupa2 wanita pilihan Fahrin tu seorang paramugari.  Namanya Elena Hani Eleas berumur 37 tahun.  Nampaknya dia tua setahun dari Fahrin. Tak pa umur bukan ukuran untuk capai bahagia ok. Dia bertugas sebagai Ketua Paramugari dengan Emirates Airlines. Fahrin dan Elena kononnya telah kenal sejak 17 tahun yang lalu. Mereka sama2 belajar undang2 di UiTM. Tapi sebelum ini kawan biasa saja. Cuma sejak  Ogos yang lalu hubungan mereka ini bertaut. Mungkin itulah jodoh.  Segalanya Allah  wst yang tentukan.


Penantian saya terjawab bila Fahrin Ahmad dah selamat bernikah. Timbul rasa kasian kat dia kerana pernah keciwa dengan seorang yang popular suatu ketika dulu. Wanita itu pun dah kahwin. Mujur le jodoh Fahrin pun seorang wanita cantik, berpelajaran dan ada kerjaya. Tahniah untuk Fahrin Ahmad, 36 tahun. Moga rumahtangganya bahagia hingga ke jannah. Hendaknya cepat dapat zuriat ye


No comments:

Post a Comment