Tuesday, May 12, 2015

Air Anugerah molekulnya luar biasa






Assalamualaikum dan bertemu lagi dalam blog ariahjudah ini. Lewat petang begini mari kita kongsi sikit tentang Air Anugerah. Saya tertarik dengan air ini kerana ia telah dibaca dengan 30 juzuk al-quran. Sejak terpandang air ini di sebuah kedai runcit, saya terasa begitu dekat dengan saya. Ia bagaikan ada daya tarikan yang cukup luar biasa.  Entah kenapa? Mungkin Allah swt yang menggerakkan hati saya . Setelah membaca penerangannya, Air Anugerah merupakan gabungan teknoligi sains, iaitu air yang bersifat alkali dikombinasikan dengan bacaan 30 juzuk al-quran sebagai ikhtiar kepada Allah SWT. Ia jugak kaya dengan oksigen yang memang diperlukan oleh sel-sel badan untuk membentuk tenaga. Saya yakin ia sangat baik untuk mereka yang uzur, untuk kecerdasan minda serta sebagai penerang hati untuk anak-anak. Hati terasa tenang selepas minum air yang berharga RM4.50 sebotol. Botolnya cantik dengan isian 500 mililiter.

Dalam satu laporan di akhbar KOSMO, Air Anugerah dikagumi saintis Jepun kononnya. Kenapa agaknya orang Jepun itu? Namanya Saintis itu, Dr. Yasuyuki Nemoto yang mengkaji Air Anugerah ini telah mendapat, molekul air ini berbentuk kristal bak bintang putih. Ia bercahaya  dan amat berbeza dengan molekul air minuman biasa. Mungkin juga bacaan ayat-ayat al-quran  itu mengindahkan molekulnya. Dr Nemoto begitu kagum dengan penemuan ini kerana beliau telah mempunyai pengalaman yang luas dalam kajian air sebelum ini. Katanya lagi, molekul air yang cantik mempunyai signifikan dengan kesihatan serta penawar rohani dan jasmani.  Air Anugerah mempunyai getaran yang sangat baik untuk kesihatan, tambahnya.


No comments:

Post a Comment