Tuesday, May 12, 2015

Diana dan zamarul rujuk semula





Alhamdulilah.  Gembira mendapat berita pasangan artis ini. Diana Rafar dan Zamarul Hisyam rujuk semula setelah empat (4) bulan bercerai. Adat berumahtangga ada ketikanya gelora dan ada masanya tenang. Penceraian itu bukan jalan terakhir untuk menyelesaikan masalah. Saya amat gembira dengan rujuk semula Diana dan Zamarul.  Kebetulan saya meminati Diana kerana dia antara  artis mempunyai klasnya tersendiri. Bukan sahaja Diana tetapi kakaknya pun saya minat. Saya yakin ramai peminat indutri hiburan turut sama mengikuti cerita keluarga Rafar ini sejak dulu.

Diana 33 dan Zamarul 44, mengambil keputusan yang bijak untuk bersatu dan menjalani kehidupan sebagai suami isteri.  Moga perpisahan mereka sebelum ini memberi pengajaran dan hikmahnya berlipat kali ganda. Mereka memilih 16 Mei 2015 untuk merujuk semula kerana tarikh itu kononnya, tarikh pernikahan pertama mereka pada tahun 2009.

No comments:

Post a Comment