Thursday, May 21, 2015

Pencuri wang wangsa MH370 dihukum




Pencuri Wang Mangsa MH370




Memang marah dan geram dengan lelaki ini. Adakah patut boleh ambik kesempatan pegi curi wang orang yang jadi mangsa tragedi. Lelaki ini  kononnya seorang mekanik telah mencuri wang mangsa pesawat MH370 berjumlah RM7,650.  Entah macam mana dia begitu mahir mencuri daripada akaun mangsa di bank HSBC.  Memang benar pencuri lebih pandai dari polis. Kerana yang saya tau bank HSBC ini mempunyai sistem keselamatan yang ketat dan canggih.  Memang yakin le simpan di bank ini. Namun ada juga rupa2 pintar mencuri di bank antarabangsa ini.

Nama dia Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, 43 dituduh pada 28 April yang lalu.  Muka dia memang macam orang jahat.  Harap Tuhan bagi balasan yang lebih teruk lagi. Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhi hukuman penjara empat tahun dan tiga sebatan. Menurut laporan The Star Online, Hakim Norsharidah Awang tidak menjatuhkan hukuman kepada isteri Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, kerana isterinya tidak hadir ke mahkamah.


No comments:

Post a Comment