Tuesday, May 12, 2015

IS bunuh mangsa dalam sangkar besi

Assalamualaikum. Mari kita kongsi dalam blog ariahjudah ini betapa jahatnya Kumpulan Militan IS. Memang jika ikutkan hati tak sanggup tengok video juruterbang Jordan dibakar hidup2. Tindakan mereka amat kejam. Kumpulan itu membakar juruterbang  berkenaan bagaikan mereka bakar ayam atau ikan saja.  Memang mereka dirasuk iblis dan syaitan. Jiwa saya diruntun sedih melihat juruterbang itu dibakar dalam kurungan besi.  Api begitu cepat menjilat kawasan dan seterusnya membakar dia berdiri dalam kurungan itu.

Dalam video yang durasinya 22 minit itu jelas menunjukkan imej seorang lelaki yang dikatakan sebagai Maaz al-Kassasbeh dibakar hidup-hidup di dalam kurungan di mana dia dikurung. Dalam video itu kelihatan baju juruterbang dibasahkan dengan minyak.  Kelihatan jugak imej  itu  melutut di dalam api dan disaksikan orang ramai. Amat meruntun kalbu.     Sesungguh amat kejam pejuang yang mengaku tentera Islam ini. Seolah-olah mereka tidak pernah membaca Al Quran surah Baraah At Taubah / Al Insan mengenai etika peperangan hal tawanan dalam Islam juga hadis menurut Sunnah Rasulullah saw.

Jordan dilaporkan bertindak balas membunuh enam (6) tahanan ISIS – MRM / Anaghoib
Islam melarang umatnya berlaku zalim dan kejam terhadap tawanannya. Allah berfirman bermaksud:
“ …dan mereka (iaitu orang yang beriman) memberi makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. Surah Al-Insan: ayat 8


jordan pilot


No comments:

Post a Comment