Monday, April 20, 2015

Caj Perkhidmatan - GST



Ketika ini ramai yang bising pasal caj perkhidmatan hotel dan restoran pulak!!!!!  

GST memberi impak jugak terhadap caj perkhidmatan di hotel dan restoran.  Ada yang persoalkan adakah tuan premis akan beri caj berkenaan kepada petugas? Atau caj itu masuk poket tuan premis saja.  Ada cerita caj itu kononnya untuk beli pinggan mangkuk yang rosak atau pecah.  Ganti alas meja yang buruk. Ini cara tak betul.  Salah sama sekali. Bukankah ini tanggungjawab mereka untuk keluarkan modal sendiri.  Senang2 caj pelanggan lepas tu selesaikan masalah yang timbul secara dalaman.

Baru2 ada dicadangkan caj perkhidmatan itu akan dihapuskan.  Bagus jika macam itu.  Tapi pemilik hotel dan restoran pulak kata gaji petugas akan kurang.  Gaji tak ada tambahan jika caj itu ditiadakan. Amboiiii. Pandai jugak mereka buat alasan.  Apakah cadangan itu akan dilaksanakan? Atau ada perubahan dibuat, Adakah caj itu akan dikurangkan? Atau atau atau... tungguuuuu #GST #Pegawaipenerangan #kasutku

No comments:

Post a Comment