Tuesday, April 21, 2015

Rompin oh Rompin


Hari kedua di Rompin

Hari ini sempat melawat kawasan DUN  Muadzam Shah. Kira2 87 kilometer dari Kuala Rompin. Dalam perjalanan itu hujan lebat. Namun aku tak sabar untuk melihat keadaan Bandar Muadzam Shah.  Sebelum ini cuma mendengar nama sahaja. Baru kulihat sendiri Bandar Muadzam sedang rancak membangun.  Banyak deretan kedai.  Ada juga supermarket. Pandangnya luas. Masjidnya besar.  Cuma dewan orang ramainya agak kecil. Nah! wajar dewan itu dibesarkan atau buat dewan baru untuk penduduk Muadzam.

Sebelah pagi menghadiri taklimat. Taklimat pertama oleh wakil KKMM. Kedua taklimat oleh TKP (Penerangan Strategik) dan diikuti oleh wakil PKPM. Taklimat terakhir dari GSPI berkaitan dengan laporan. Agak lama jugak berada dalam dewan seminar Kolej Komuniti Rompin tu.  Mujur le tak bosan dan ngantuk.  Iya le bila Pegawai Penerangan memberi taklimat tidak terasa masa berlalu.  Mereka pandai berlawak. Penerangannya pun mudah.#kasutku

No comments:

Post a Comment