Monday, April 20, 2015

Adakah anda faham tentang GST?


Masih ramai tidak sokong GST.  Kenapa tak tau atau tak faham ke dengan GST. Atau disebabkan ramai tokoh politik tak sokong menyebabkan anda juga tidak mau GST dilaksanakan.  Terlalu banyak lagi kena belajar tentang GST.  Jadi ceramah2 GST yang dibuat itu hendaklah mudah difahami. 

GST ni menyebabkan pengguna rasa tertindas. Harga jadi mahal. Kedai2 runcit suka hati saja naikkan harga.  Bila tanya kenapa harga naik,  Jawabannya pasti disebabkan GST.  GST tu bukan menjadi harga barang mahal semuanya.  Disebabkan pengguna jadi mangsa maka, sifat benci dan marah terhadap kerajaan menjadi2.  Peniaga pun ramai mengambil kesempatan. Senang2 saja naikkan barang.  Tiada GST pun mereka kata caj sebab GST.  Inilah akibatnya bila peniaga itu tidak beretika.  Jangan le terlalu mengambil kesempatan.  Bantulah kerajaan demi sebuah kejayaan.  Kenapa mesti kutuk.  Yang tak best hasut rakyat supaya bantah GST. 

Kena ingat, GST telah dilaksanakan 170 negara.  Hampir semuanya berhasil.  Negara Malaysia saja yang belum ada bukti pelaksanaannya kerana masih terlalu awal.  Ada yang membantah GST tapi jika mereka yang memerintah pun dah tentu laksanakan jugak GST. Nah! kenapa mesti tunggu orang yang bantah GST tu memerintah.  Sokong saja sekarang.  Berjuang sehingga GST berjaya ok.

GST ini akan berjaya jika semua orang beri komitmen.  Pengkuatkuasaan mesti tegas. Tindakan hendaklah cepat dan berterusan.  Tiada pilih kasih.  Petugas perlu bertindak. Masa kini penguatkuasaan terpaksa  kerja kuat.  Mereka perlu ada ketahanan diri. Mental dan fizikal hendaklah kental. Bagi penerangan yang ringkas dan mudah.

Biasanya peringkat permulaan itu memang ramai bantah. Begitu jugak dengan GST.  Teruskan perjuangan untuk mendekatkan GST dengan rakyat.  Bila rakyat tau, faham dan menghayati, maka GST pun akan mebuak2 hasilnya.

No comments:

Post a Comment