Tuesday, March 10, 2015

Risiko berkasut tinggi


Secara peribadi saya memang tidak berapa suka memakai kasut bertumit tinggi. Mungkin juga disebabkan usia kian meningkat. Apapun ketika zaman remajapun saya tidak selalu berkasut tumit tinggi. Saya tidak berani untuk berjalan cepat.  Takut jatuh atau terseliuh. Keyakinan kurang dengan kasut tinggi kot!

Saya terbaca dala akhbar tempatan baru-baru ini, kumpulan saintis juga menasihatkan wanita lebih kerap memakai kasut rata bagi mengelakkan sakit bahu dan tumit. Saintis mendakwa, memakai kasut tumit tinggi menyebabkan kedudukan pinggul tertolak ke belakang. Namun, ramai menyangka, situasi ini mencantikkan bahagian pinggul tetapi sebenarnya ia berpotensi menyebabkan kesakitan sepanjang hidup. Keadaan ini dinamakan Visceroptosis. Ramai wanita menderita sakit selepas memakai kasut tumit tinggi.Kasiannya mereka itu.

Jadi, wanita perlu bijak membuat keputusan sama ada mahu cantik luaran atau terus menderita pada usia muda. #kasutku

No comments:

Post a Comment