Tuesday, March 10, 2015

Moga POTA diluluskan


Secara peribadi saya amat terkilan dan tidak selesa dengan penghapusan ISA. Kenapa dan mengapa mesti akta itu dihapuskan. Kenapa ada orang terlalu takut dengan ISA. Pernah saya terfikir sekiranya ISA tidak ada lagi tentu banyak perkara yang tak disangka berlaku.  Menghina agama, bangsa dan negara pasti ada. Yang nyata negara lain pun ada undang2 yang lebih kurang serupa ISA. Mereka terus menggunakanpakai undang2 itu. Malahan, ada yang hilang begitu saja jika menyalahi undang2 yang telah ditetapka.

Moga Rang Undang-undang Anti-keganasan  (POTA) diluluskan oleh Parlimen. POTA bertujuan untuk mencegah dan menangani ancaman keganasan seperti kumpulan militan negara Islam (IS).  Jika ada yang mengatakan POTA itu bertujuan politik, maka mereka itu golongan yang tak sayang negaranya.  Mereka ini sentiasa mementing politik dan kuasa yang belum tentu tahu dan mahir mentadbir negara.

Negara ini memang perlukan POTA untuk mengelakan ada bangsa lain menghina Melayu dan Bahasa Melayu serta bahasa2 lain. Dengan adanya POTA tidak sewenang2nya memijak gambar pemimpin dan bendera Malaysia. Malahan, mereka yang mempersendakan lagu kebangsaan boleh ditangkap.  Lebih memudaratkan lagi apabila mereka menyalahguna media sosial untuk menyebarkan auta dan fitnah. Yang tak sedapnya sanggup menghina bangsa dan agama sendiri demi mendapatkan sedikit kuasa.  Apa maknanya semua ini.

No comments:

Post a Comment