Tuesday, March 10, 2015

Cantik tapi menderita



Sanggupkah anda menahan kesakitan semata-mata untuk kelihatan bergaya?  Adakah anda seorang yang sabar berdepan dengan rasa sakit hanya disebabkan mau cantik dan anggun? Tidak dinafikan banyak pengorbanan dilakukan wanita untuk mengikuti peredaran fesyen semasa supaya kelihatan cantik dan bergaya.  Contohnya,  memakai kasut tumit tinggi kerana mahu nampak lebih seksi, tinggi dan anggun rasa sakit diletakkan ke belakang.  Malahan, ada ketikanya wajah seorang wanita itu tak ceria, mata hampir tertutup dan bibir sengit kerana menahan kaki dan betis sakit tapi mahu terus bergaya.  Tu le wanita yang rela menderita demi untuk cantik jelita.

Di London, Pakar Kesihatan dan Kecergasan Dax Moy Personal Training Studios, Dax Moy, menyatakan kebiasaan memakai kasut tumit tinggi berisiko menjejaskan peluang wanita itu menimbang anak. Ini dinyatakan dalam hasil kajian oleh Dax Moy, iaitu posisi berdiri yang tidak seimbang setiap kali memakai kasut tumit tinggi setinggi 12.7 sentimeter (sm) memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita.

Sehubungan itu, jika seorang wanita itu menghargai kesihatan, maka elakkan memakai kasut tumit tinggi. Usah terpengaruh dengan nama popular yang menggayakan kasut tumit tinggi seperti Victoria Beckham, Madonna, Kelly Brooke dan Scarlett Johansson. Begitu juga dengan keterampilan seorang model yang memakai kasut tumit tinggi jenama antarabangsa seperti Miu Miu dan Mourets. Mereka ini cuma menggayakannya di atas pentas peragaan dan bukan setiap hari. #kasutku

No comments:

Post a Comment