Friday, March 27, 2015

Pilih kasih


Mau kongsi sikit cerita Pegawai Perhubungan Awam. Sewajarnya untuk menjadi seorang Pegawai Perhubungan Awam (PRO) yang baik mesti tidak ada sifat pilih kasih dalam dirinya.  Untuk menjadi seorang PRO yang professional pun hendaklah berurusan dengan sesiapapun tanpa mempraktikkan pilih kasih.  Jika menjadikan seseorang yang dekat dengan kita itu sebagai teman berbincang atau berbual semasa masa terluang, mungkin bukan satu kesalahan. Yang dikesalkan jika hubungan itu terlalu rapat sehingga orang sekeliling perasaan adalah suatu yang tidak wajar dilakukan oleh seorang PRO. Perlu dielakkan perilaku yang begitu fokus kepada seseorang yang menyebabkan timbul persepsi kurang baik dan hilang rasa hormat daripada insan lain.
 
Ada satu kes kudengar  seorang PRO itu  suka buat "cop"  sendiri. Dia suka berurusan dengan beberapa kerat saja dalam ramai2 warga di bawah seliaannya. Malahan, ada ketika seseorang yang dia suka itu tidak boleh diganggu sama sekali. Tidak jadi kudis busuk pun jika dia selesa berurusan dengan seseorang atau menjadi "sweet heart" itu, tapi yang tidak baiknya, apabila dia sanggup larang  seseorang  yang dia tidak suka masuk dalam mesyuarat.  Kenapa sampai begitu sekali.  Seorang PRO yang cantik budi pekertinya dan ilmu PROnya tinggi tidak akan berbuat demikian. Lalu apakah akan terjadi jika ramai PRO berkelakuan seperti ini??? Sendiri mau ingat le pilih kasih itu suatu yang negative.#kasutku #pegawaiperhubunganawam

No comments:

Post a Comment