Friday, March 27, 2015

Kerana cinta sanggup redah lautan api.



Pasal cinta rela redah seberang lautan api. Kerana cinta sanggup tinggalkan emak bapak. Cinta juga menyebabkan merekajadi anak derhaka kepada emak bapa. Hidup yang gelora dengan perasan cinta. Sanggup buat apa saja. Kononnya cinta itu membawa kebahagiaan selamanya. Ini terbukti apabila begitu ramai pasangan yang berkahwin di sempadan. Yang teruknya ramai anak gadis sanggup ikut kekasihnya lari ke Lombok. Inilah kononnya kerana cinta sejati. Sang kekasih punya cinta yang dalam.  Harumnya semerbak. Geli telinga mendengarnya.  Lantas ramai ibu bapa yang keciwa terutama anak2 gadis yang pergi tanpa pesan.  Lari ikut perasan. Ada yang cuma tinggalkan sepucuk surat ringkas. Namun yang tak sedapnya selang beberapa tahun ada yang berhubung dengan emak bapak, kononnya tak tahan dengan kepayahan hidup di Negara orang. Padan le muka. Mujur le mereka masih diterima orang tua.  Nah!!! kenapa tak sanggup tempoh semuanya bersama ketika cinta itu tercipta.  Ada jugak bila hidup di Lombok suami yang dipilihnya itu tidak lagi pedulikan dirinya.  Ada yang terpaksa membanting tulang empat kerat untuk meneruskan hidup. Ada juga suami yanh dicintai itu menghilang. Baru dia tau cinta itu bukan semuanya indah dan kekal. Cinta itu boleh menjadi api.  Terpingga2 le dia mencari tempat mengadu. Lalu, mana cinta sang rajuna itu??? Kalau ikutkan saya, tak payah layannnn. #kasutku #pegawaiperhubunganawam

No comments:

Post a Comment