Monday, April 6, 2015

Jadi panel temuduga di kota kinabalu



Assalamualaikum dan salam hari selesa semuanya.

Harapan saya semuanya sihat dan bahagia. Jiwa tenang dan sentiasa dalam keberkatan Allah swt.
Saya tak sempat menulis dalam beberapa hari ini dalam blog ariahjudah. Bkan disengajakan tapi ada beberapa perkara yang tak dapat dielakkan.

Dalam sibuk2 nak ke Kota Kinabalu ini saya ambil peluang untuk menulis sikit. Sepatutnya dah dalam perjalanan ke KLIA tapi saya singgah pejabat untuk cetak tiket. Sayangnya tiket belum masuk emel. Bila berhubung dengan Izzaidah, katanya agensi itu belum dapat tiket. Lain macam peraturan sekarang ni. Aduiiii perubahan macam2 kan? Kita ikut saja le mana yang tak memudaratkan.  Saya tukar tiket perjalanan balik KK/KLIA kerana tuntutan kerja. Penerangan MAS. YA Allah selamat dan permudahkan perjalanan kami ini.

Esok tugas bermula di Wisma Dang Bandang, Kota Kinabalu.  Saya bersama Shafina untuk jadi Panel Temuduga Pembantu Penerangan S17 mau naik pangkat ke S.... Moga semua calon boleh menjawab dengan baik. Saya balik ke tempat lama saya bekerja.  Kerjaya saya bermula di Jabatan Penerangan Kota Kinabalu.  Dulunya pejabat saya di Karamunsing.  Bertugas di Bahagian Akhbar dan Perhubungan.  Cerita lebih 30 tahun yang laluuuu

No comments:

Post a Comment