Thursday, March 26, 2015

Pengurusan persepsi



Seorang pegawai perhubungan awam atau PRO bukan sahaja sekadar mahir bercakap,  cantik, bergaya dan pintar mengurus suasana tetapi pegawai perhubungan awam itu mesti tahu mengurus persepsi.  Pengurusan persepsi itu bukan perkara mudah. Perlu ada percaturan strategi yang sesuai dengan perkembangan semasa. Kekuatan mental dan spritual perlu ada dalam diri seorang PRO. Persepsi itu suatu yang luas dan berterbangan di awangan.

Persepsi itu sudah lama wujud. Pengurusan persepsi itu sebenarnya lahir daripada sifat keinginan seseorang itu ingin tahu dan mendapatkan sesuatu ganjaran yang lebih besar dan bermakna. Persepsi ini banyak memihak kepada perkara yang negatif jika tidak diuruskan dengan kemas dan segera. Sebagai contoh persepsi rakyat terhadap GST.  Mereka mengandaikan GST tu membebankan rakyat kerana faktor dorongan komunikasi yang tak diuruskan dengan baik.

Rakyat percaya dengan dakyah-dakya mereka yang tak bertanggungjawab bahawa GST itu diwujudkan semata2 untuk keuntungan kerajaan.  Kenakalan komunikasi popular ini boleh menimbulkan rangkaian persepsi yang membebankan ahli komunikasi yang tuganya untuk membetulkan fakta dan memperjuangkan kebenaran demi pembangunan negara.  #pegawaiperhubunganawam

No comments:

Post a Comment