Thursday, March 26, 2015

Berkali ayam ke sekolah




Lebih 40 tahun yang lalu aku pernah berkaki ayam ke sekolah. Ketika itu aku di Sekolah Rendah kebangsaan Kota Belud.  Bukan disengajakan. Bukan tidak  ada kasut. Bukan juga tidak suka pakai kasut. Bila difikir2 semula ketiadaan kasut itu disebabkan aku terlalu berharap dengan kakak (arwah).  Aku begitu berserah.  Aku menyerahkan sepenuhnya kepada kakak.  Setiap pagi aku cuma tahu pakai baju gaun biru gelap dan kemeja putih serta bawa beg sekolah.  Kasut kakak yang urus setiap hari.

Pada hari itu agaknya dia terlupa. Aku memang tidak ambil kisah tentang kasut itu. Aku teringat apabila tiba masa untuk pakai kasut itu.  Biasanya dari rumah kami cuma berkaki ayam sehingga selesai menyeberang anak sungai kecil. Jika dikenang aku begitu kasian dengan kakak kerana dia terpaksa balik ke rumah mengambil kasut saya.  Namun dia tidak menunjukkan sifat marah pun. Ketika itu aku cuma diam dan menunggu dia . Mungkin dia tak sampai hati membiarkan aku berkaki ayam ke sekolah dan kena marah guru.#kasutku

No comments:

Post a Comment