Thursday, March 26, 2015

Cat dinding lawan nyamuk aedes



Cat dinding boleh lawan nyamuk pembunuh itu. Nyamuk aedes. Sebagai Pegawai Perhubungan Awam atau PRO semestinya mengikuti perkembangan semasa dengan bijak.  Pengalaman dan maklumat  ditambah setiap hari tanpa henti dan malas. Seorang PRO itu harus membaca akhbar, mendengar radio atau menonton berita untuk mendapatkan berita. Nah sekarang ini kemudahan ada kerana sumber maklumat di hujung jari. Telefon bimbit amat membantu dalam pencarian maklumat.

Perkhabaran terbaru mengenai cat dinding boleh melawan nyambuk aedes semestinya lebih awal diketahui. PRO sepatutnya seiringan mencari maklumat  dan perkembangan terkini.   Cat dinding antinyamuk itu adalah hasil penyelidikan Institut Penyelidikan Perubatan.  Ia dijangka berada di pasaran selewat-lewatnya pada bulan Julai tahun ini.

Munurut Menteri Kesihatan, cat itu dicampur dengan bahan kimia deltamethrin yang berupaya membunuh nyamuk aedes jika serangga itu hingga pada dinding bangunan yang disapu cat berkenaan. Mudah2an cat ini boleh membantu untuk mengurangkan kes denggi.  Cat ini tidak memudaratkan kesihatan manusia serta haiwan perliharaan kerana ia hanya memerangkap serangga kecil.  Harga cat ini jugak belum diputuskan dan kementerian akan mengumumkan jika sudah bersedia untuk dijual kepada pengguna.

Adalah menjadi tanggungjawab PRO untuk mempromosi atau menyebarluaskan maklumat mengenai cat ini demi keselamatan rakyat.#pegawaiperhubunganawam

No comments:

Post a Comment