Thursday, March 26, 2015

Media Sosial Kini Ancaman

Ternyata tugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam (PRO) masa kini amat mencabar. PRO kerajaan terutamanya perlu mempunyai ketahanan mental dan spritual.  Mereka berdepan dengan kekuatan cabaran komunikasi yang luar biasa dari media sosial. Kepantasan komunikasi melintasi tanpa sempadan dan tidak dinafikan kekuatannya. Betapa perlunya setiap PRO itu mempunyai kemahiran dalam mengendalikan media sosial dan sentiasa bersedia untuk menangani sebarang letusan maklumat.

Hasutan dalam lama sosial, penyebaran ajaran sesat, kumpulan pelampau agama, pengganas dan liberlisme amat membimbangkan. Isu perkauman dan keagamaan yang dimainkan secara bebas di media sosial tanpa kawalan mempunyai impak yang serius terhadap masyakarat majmuk di negara ini. Keghairahan menggunakan bahasa-bahasa yang tajam begitu menular sekali. Selain itu, keghairahan pihak tertentu  kononnya hak kebebasan bersuara yang digunakan bagi menghalalkan perbuatan atau kenyataan berbaur hasutan dalam media sosial bukan perkara yang boleh dipandang remeh. Setiap orang hendaklah bertanggungjawab terhadap suatu yang dilakukan di media sosial. Jangan bila  kedapatan dan disiasat pihak berwajib bagi lempar batu sembunyi tangan.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam sebuah akhbar, Ketua Polis Negara menegaskan bahawa adalah penting isu-isu yang melibatkan perkauman dan keagamaan mesti dikekang tanpa jejaskan hak kebebasan bersuara rakyat yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Katanya juga, polis mengambil tindakan pencegarah untuk halang ekstremisme dab liberalisme.

Sebagai manusia yang berfikiran waras memang sewajarnya menggunakan kemudahan  media sosial ini untuk mencapai kebaikan yang cemerlang. Berkomunikasi melalui media sosial biarlah dengan jiwa yang hormatkan  manusia dan alam sekeliling bukannya sentiasa gelora dan memberontak. Seorang PRO itu sewajarnya memahami dan mahir melayari media sosial dan menggunakan kemudahan itu demi sebuah perjuangan yang murni tanpa mementingkan diri sendiri. #pegawaiperhubunganawam

No comments:

Post a Comment