Thursday, March 19, 2015

Hebatkah GST itu????


Di mana kehebatan GST itu? Apakah strategi pihak berkenaan untuk menyebarluas maklumat terbaik GST.  Malkumat yang memikat (walaupun tidak semuanya) dan senangkan hati rakyat. Namun, memang bukan mudah untuk memahami GST itu. Masih ramai yang tidak faham dan keliru dengan GST. Tinggal beberapa hari lagi GST akan dikuatkuasakan, iaitu 1 April 2015. Namun semakin dekat tarikh itu kian banyak pulak masalah yang timbul berkaitan GST.  Kenapa bagi jadinya? Negara lain pun melaksanakan GST tapi Malaysiaku begitu kalut. Apa taknya, harga barangan melambung naik. Semalam di media dan di mana2 rakyat  bising pasal tambang bus dan teksi naik. Kos hidup semakin membebankan. Apa sebenarnya berlaku?

Malam tadi saya dikunjungi sahabat2 tersayang.  Kami sempat berbincang pasal GST ini di meja makan.  Perbincangan itu jugak menjadi panas.  Gee dan Pie membantah keras tentang GST. Mereka bising harga barang naik mendadak. Saya cuba menerangkan kebaikan GST itu tapi ternyata yang tidak baik itu lebih banyak dibangkitkan. Memang GST ini bukan mudah untuk dimasyarakatkan. Program melibatkan duit dan kos hidup. Ramai yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan. Ramai  dengan sesuka hati naikkan harga kononnya disebabkan GST. Tidak dinafikan GST memberi kebaikan kepada usahawan. Mereka dapat rebet kemudian tapi mereka tetap kenakan pengguna dengan naikkan harga.  Pengguna jugak yang menderita.

Pihak berkenaan perlu buat tindakan drastik berkaitan GST ini terutama yang melibatkan pengguna.  Rakyat perlu didahulukan. GST sedang gegarkan negara.  Ketenangan negara tergugat dengan suara kurang senang rakyat disebabkan GST menjelma pada 1 April ini.  Kebimbangan rakyat memuncak dengan kenaikan barang.#kasutku 

No comments:

Post a Comment