Thursday, March 19, 2015

Sedih Ustaz Kazim nak berhenti berceramah



Tiba2 rasa sendu. Sedih. Terkilan. Ada berita menyatakan Ustaz Kazim mau berhenti memberi ceramah. Sayangya jika dia tidak lagi berdakwa.  Beliau mempunyai pendekatan yang menarik. Pengikutnya pun ramai. Ceramah yang diberikan mudah difahami.  Memang beliau dikurniakan Allah swt kewibawaan yang tersendiri untuk berdakwa.  Malahan, dari kaca mata saya, ustaz kazim seorang penceramah memang tahu dan memahami ciri2 ceramah yang baik.  Beliau 

Datuk Mohd Kazim Elias kononnya kini sudah mula menolak beberapa jemputan untuk berceramah. Mungkin juga beliau tidak mau lagi menimbulkan polimik seperti yang berlaku baru-baru ini.  Secara peribadi ustaz itu tidak menyalahi apa-apa dari peraturan.  Beliau peka dengan perkembangan semasa dan arus zaman. Sewajarnya pendekatan dan contoh2 itu mesti dekat dengan  terutamanya generasi Y. Ini disebabkan antara yang mempengaruhi suatu ceramah itu berkesan atau diterima ialah faktor kedekatan, bahasa dan sumber. Suasana tempat,  keadaan semasa, kumpulan audien sasaran, dan penggunaan bahasa termasuk contoh hendaklah disesuaikan asalkan tidak menyalahi garis panduan yang ditetapkan.  Kewibawaan sumber juga faktor penting dalam menjayakan sesuatu ceramah itu.

Saya bersyukur dan tumpang bangga dengan usaha Ustaz Kazim membangunkan Pusat Pengajian Al-Barakah di Manjoi. Projek itu memerlukan kos RM500,000.  Moga pusat itu akan dapat dilaksanakan sampai bila2 demi kelangsungan perkembangan agama Islam di negara ini. Didoakan  Ustaz Kazim meneruskan aktiviti ceramahnya. #kasutku


No comments:

Post a Comment