Wednesday, February 25, 2015

Pakaian dalam wanita jadi koleksi seorang duda



Macam-macam saja perkara berlaku sekeliling kita. Pelik tapi benar. Macam tak masuk akal saja curi pakaian dalam.  Amat memalukan.  Adakah patut perkara itu?

Baru-baru ini saya terbaca laporan akhbar seorang duda yang tabiatnya pelik. Dia berusia 35 tahun gemar mencuri seluar dan baju dalam wanita sebagai koleksi.  Perkara ini terbongkar selepas ditahan pada jam 11 malam kerana disyaki mendalangi kejadian pecah rumah termasuk kediaman milik jirannya di Taman Seri Bahagia, Kelang.

Barangan curi yang lain seperti kelengkapan elektrik dipercayai dijual suspek tetapi pakaian dalam wanita yang dicuri dari ampaian lebih 50 rumah sekitar taman perumahan itu, beliau simpan sebagai koleksi dalam bilik tidur di rumahnya. Punya banyak le barangan lain yang lebih indah dan bermakna tapi dia  pilih pakaian dalam pulak!!!! Apa le jadahnya...

No comments:

Post a Comment