Thursday, February 26, 2015

Dua beradik sedia sembelih musuh



Sanggup buat apa sahaja termasuk menyembelih musuh demi perjuangan untuk syahid. Dalam satu laporan baru-baru ini dua beradik lelaki yang begitu yakin bahawa berperang itu wajib dan semua umat Islam perlu menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS ) .  Mereka yang berusia dalam lingkungan 20-an  kini berjuang di Syria dan menyatakan sedia menyembelih sesiapa saja yang menentang IS. Kedua-dua sanggup meninggalkan keluarga dan negara untuk ke Syria pada November yang lalu.  Bagi mereka sesiapa yang tidak menyertai IS bermakna mereka itu penganut ajaran sesat dan menempah tiket ke neraka.

Mereka meninggalkan negara ini tanpa pengetahuan keluarga dan kini menjadi penembak hendap atau"sniper" selepas medapat latihan khas. Kini mungkin mereka bangga kerana kononnya menjadi pejuang jihad. Siapakah yang menjadi dalang kepada kedua-dua anak muda ini?  Ada dakwaan kononnya dua beradik ini menghadiri "kelas khas"  membunuh musuh melalui pelbagai kaedah selain ditanamkan doktrin perjuangan jihad cara IS. Menurut sumber,  mereka ini dipercayai ditaja pihak tertentu untuk ke Syria tanpa disyaki polis berkawal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Terlalu taksub terhadap jihad dan menganggap perjuangan IS suci sehingga sanggup membunuh siapa sahaja yang menentang perjuangan IS itu.  Ini akibatnya jika ilmu cetek dan pengalaman tidak sebanyak mana. Pengetahuan sekadar ada dan tidak mendalam menyebabkan mudah terpedaya dan mengambil keputusan sekadar mengikut telunjuk orang lain.


No comments:

Post a Comment