Thursday, February 26, 2015

Mahalnya Cinta itu




Cinta itu mahal harganya. Aku pernah terfikir adakah aku akan bercinta? Siapakah yang kucintai itu? Namun akupun di ketika remaja begitu mudah menyukai. Beberapa orang menghampiriku. cuma bukan aku memilih sangat tapi aku perlu berhati2. Aku amat menjaga pergaulan. Seronok tapi malu bila bertemu seseorang yang kusukai itu. Adalah ini cinta remaja. Cinta ginikah yang dinamakan cinta monyet. Mudah dikatakan ada bisikan suka, tapi tak pasti kasih dan sayang adakah sekali ketika itu.
Pernah kulalui cerita cinta. Memang perit rasanya. Tak terucap. Lidah bagai kelu. Pahitnya Tuhan saja yang tau. Ku masih ingat kata-kata seorang dia - aku akan cuba menunggumu. Aduiiii indahnya ketika itu. Benarkah ini? Memang aku rasa amat dihargai. Bagiku dia le yang terbaik di dunia ini. Aku kerap memujinya walaupun dengan adik beradikku, Cuma aku tak sebut nama tapi aku puji orang yang datang dari kampung yang sama.
Ketika aku dalam menguatkan diri untuk menerima cintaku dimusnahkan ada seorang kawan kerap menanyakan aku. Mungkin dia perasan aku tidak ceria seperti biasanya. Aku memang selalu berbual2 dengan dia tapi buka tentang cerita hati apa lagi cinta. Puas aku sembunyikan. Aku  tidak mau dia tau hatiku terobek. Aku tidak rela ada yang tau cintaku musnah. Cuma hatiku begitu berombak. Last2 aku cerita dengan kawan rapatku itu. Dia kuanggap sebagai abang. Lama jugak aku bercerita bahawa seorang kawanku telah dikeciwakan. Pantang mengaku bahawa yang kukongsikan cerita cinta terobek dan musnah itu adalah AKU. Sebenarnya harga Cintaku itu amat mahal. Biarkan cinta itu pergi sejauhnya. Kini kutau ada hikmahnya cinta itu pergi kerana mungkin cinta dan dia tak layak untukku. Yang ada kini adalah yang terbaik dari segalanya. Terima kasih Allah. Aku bersyukurrrr
Cinta seorang ariahjudah itu tinggi nilainya. Mahal untuk dikongsikan. Kita akan berkongsi okkkkk

No comments:

Post a Comment