Thursday, February 26, 2015

BN tak bertanding di DUN Chempaka



Demi perpaduan ummah dan beri keutamaan kepada bantuan pascabanjir di Kelantan, maka BN tidak bertanding di DUN Chempaka. Keputusan yang bijak kerana adalah lebih apdal tumpuan diberikan kepada usaha pemulihan dan kerja kebajikan, bagi membantu mangsa banjir. Masih ramai lagi penduduk yang memerlukan bantuan. Jika bertanding tentunya memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit. Nah! sewajar wang itu lebih berfaedah untuk memenuhi keperluan rakyat yang ditimpa musibah banjir.

Perdana Menteri menyatakan, tidak semestinya BN meletakkan calon dan PRK Bukit Gelugor menjadi rujukan apabila BN juga tidak bertanding selepas Pengerusi DAP meninggal dunia (Karpal Singh).

DUN Chempaka kosong kerana Datuk Nik Aziz meninggal dunia. Kawasan ini berdekatan dengan bandar dengan kewujudan pelbagai kemudahan untuk rakyat.

Secara peribadi keputusan BN tidak bertanding di DUN Chempaka adalah bijak. Jika bertanding tentunya jumlah perbelanjaan agak tinggi yang perlu digunakan. Tenaga manusia jugak banyak diperlukan.  Adalah lebih baik segala perbelanjaan atau kewangan, tenaga dan masa digunakan untuk meneruskan perjuangan membela rakyat yang sewajarnya di utama.  Mangsa dan kawasan yang dilanda banjir masih belum dapat di atasi sepenuhnya.  Malahan ada yang menyatakan dalam tempoh bulan lagi pun belum tentu beres semuanya.

No comments:

Post a Comment