Thursday, February 26, 2015

Kelab jantan kaya



Ada-ada saja cerita dalam dunia ini. Bagai tak percaya tapi memang terjadi. Kini timbul cerita "kelab jantan kaya" di ibu kota. Aku pun tidak biasa atau tidak pernah dengar jolokan "kelab jantan kaya" ini. Premis ini berkonsepkan hiburan dan terletak di Solaris, Mont Kiara. Saban malam ramai pelanggan lelaki berkerumun di situ.

Kebanyakan pelanggan lelaki yang datang dari kalangan mereka berkereta mewah. Apakah tujuan mereka ini? Ada maklumat diperolehi kononnya kumpulan jantan ini berhasrat untuk mendapatkan khidmat seks daripada pelacur warga asing yang ditawarkan di premis itu.  Mula-mula cuma berhibur sebelum dibawa mengadakan hubungan seks.

Wanita-wanita cantik dan seksi itu datangnya dari Thailand, Kemboja dan laos yang cuma berpakaian dalam dan tentunya menggiurkan. Terdapat juga beberapa wanita yang bertugas sebagai pelayan pelanggan (GRO) di premis yang beroperasi hampir tiga (3)  tahun itu.

Mujurlah kegiatan maksiat itu dapat dihidu  dan polis membuat serbuan mengejut jam 1.45 pagi baru-baru ini. Polis berjaya merampas wang tunai sejumlah RM10,900  dan turut menahan wanita tempatan berusia 32 tahun yang mengaku pengurus premis itu.  Tahniah kepada pasukan keselamatan di atas tindakan berkenaan.

No comments:

Post a Comment