Saturday, January 3, 2015

Demi bangsaku



Demi bangsaku kami ada di sini. Demi negaraku kami terus di sini. Kami berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.   Alhamdulilah aku amat bersyukur pada Allah swt.  Kawan-kawan semuanya bertugas dengan penuh komitmen hari ini walaupun hari cuti. Bukan mudah untuk keluar rumah untuk pergi bekerja di hari rehat bersama keluarga. Malahan hari cuti gini boleh keluar bersama2 keluarga. Bagi yang bujang pula biasanya cuti begini, mereka santai di luar. Terima kasih khas buat Erwin, Sakimin, Atan, Ms Leong, Fadzilah Mohamad, Nor Fadilah Othman,Hazli, Roshdan,  Rizal Glamor, Rahanum, Norniza, Azim, Aizat, Normadiah, Marhaiza, Laili,  Waty, Afiqq,Azizi, Adlan, Azni, Jazlina, Ros, Wira, dan lain-lain yang bertugas (maaf tak ingat maklum le faktor usia. Hehehe) di Bilik Gerakan Banjir JaPen. Wahhh hebat mereka semua ini.

Memang enjoy bertugas . Kongsi maklumat banjir. Bincang untuk jawab apa yang patut. Kekadang ketawa berderai bila isu itu lucu.  Masing-masing ada kerenah yang menarik. Ada yang suka buat lawak. Buat ulasan. Yang penting kerja berjalan dengan lancar. Laporan dan analisis dapat disiapkan dalam masa yang ditentukan.

No comments:

Post a Comment