Friday, January 2, 2015

30 tahun tinggal dalam hutan






Bagaikan tak percaya seorang insan biasa tinggal di dalam hutan.  Memang tak disangka dalam kepesatan pembangunan di ibu kota, masyarakat terlepas pandang penderitaan seorang warga emas yang tinggal bersendirian dalam hutan kecil di belakang kawasan perumahan Damaisari, Wangsa Melawati di sini sejak lebih 30 tahun lalu.

Mohamed Dris, 74, berkata, beliau hidup sebatang kara di pondok usang itu kerana tidak mampu menyewa rumah semenjak hilang punca pendapatan sebagai penoreh di tempat tersebut yang dahulunya adalah ladang getah.

“Pakcik tidak larat untuk bekerja lagi dan lebih teruk, pakcik kini menghidap kencing manis. Nak makan pun kena hati-hati takut nanti penyakit bertambah buruk,” katanya ketika ditemui di pondoknya di sini.

Mohamed yang tidak pernah berkahwin berkata, beliau tidak suka merayu simpati orang lain sebaliknya menguruskan hidup secara bersendirian.

Pondok yang dibina olehnya pada tahun 1980 dengan menggunakan papan dan zink terpakai itu kini reput dan di dalam hanya terdapat sebuah meja papan buatan sendiri dan tikar getah yang dijadikan tempat tidur.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0102&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3NezApjn4
Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment