Friday, January 2, 2015

Harga minyak turun harga barang tak turun pun




Harga minyak turun tapi harga barangan tak turun pun.  Harga barang senang naik tapi turun liat.  Kini ada peniaga berdolak-dalik untuk turunkan harga walaupun kerajaan telah menurunkan harga minyak (petrol dan diesel). Sudah dua kali harga minyak diturunkan, iaitu pada 1 Disember 2014 dan semalam. Namun harga barangan tak turun pun malahan semakin naik. Kenapa begitu??? Tamak ke? Atau peniaga langsung tak fikirkan kemampuan pelanggan?

Ketika minyak naik tak ada alasan apa2 pun para peniaga. Mereka cepat sahaja naikkan harga barang walaupun stok lama. Kedai makan begitu jugak. Mereka secepat kilat naikkan harga secwan kopi atau teh. Begitu juga dengan roti canai. Apa lagi makanan berat seperti nasi. Nah! sekarang cepat2 le turunkan harga makanan, tak kira stok lama atau baru.

Untuk kepentingan rakyat, KPDNKK dan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) serta badan2 lain yang berkaitan hendaklah tegas dengan tindakan berkenaan. Cepat bertindak. Tak ada pilih kasih atau pertimbangan demi pertimbangan. Jangan sampai rakyat memberontak. Rakyat komplen sana sini. Sewajarnya bila minyak turun harga barang jugak turun.

No comments:

Post a Comment