Friday, December 19, 2014

MH370 dan MH17 tragedi terbesar negara 2014





Tragedi yang menimpa dua pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH#&) dan MH17 ternyata meninggalkan kesan yang mendalam dalam sanubari setiap rakyat negara ini.  Peristiwa ini amat meruntun jiwa dan tak terlafaz dengan kata-kata.

Tarikh 8 Mac 2014 menjadi saksi pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan kru hilang daripada radar pada pukul 2.140 pagi sejurus berlepas dati Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing, China pada pukul 12.41 malam. Bagai tidak percaya akan kehilangan itu.

Namun hingga kini pesawat Boeing 777 malang itu masih belum ditemui meskipun penerangannya telah disahkan berakhir di Lautan Hindi pada 25 Mac 2014, iaitu selepas 17 hari selepas ia dilaporkan hilang.

Gerakan mencari pesawat MH370 yang membabitkan 26 negara mencatat rekod sebagai pencarian terbesar dalam sejarah dunia. Namun belum reda dengan kesedihan akan kehilangan insan tersayang dalam peristiwa itu, negara dan dunia sekali lagi dikejutkan dengan nahas pesawat MH17. Pesawat MAS ini ditembak jatuh di wilayah Donestik, timur Ukraine yang bersempadanan dengan Rusia.

Seramai 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 rakyat Malaysia terkorban dalam insiden menyayat hati pada 17 Julai 2014 ini. Pesawat MH17 ini berlepas dari Lapangan Terbang SChipol, Amsterdam, Belanda menuju ke Kuala Lumpur pada jam 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) dan ditembak jatuh empat jam kemudian.

Untuk memastikan jenazah dapat dibawa balik YAB Perdana Menteri sendiri berunding dengan keyua pemberontak , Alexander Borodai. Tindakan itu membuka mata masyarkat dunia.

Kerajaan kemudian mengisytiharkan 22 Ogos 2014 sebagai Hari Perkabungan Negara. Pada tarikh itu menjadi detak penghormatan kepada penumpang dan kru yang terkorban dalam nahas itu.

Kesemua 43 jenazah rakyat Malaysia berjaya dikenalkan pasti dan dibawa pulang untuk disemadikan oelh keluarga masing-masing.

No comments:

Post a Comment