Thursday, December 18, 2014

Adab dan budaya kita di mana dah?





"Takkan Melayu Hilang Di Dunia" dikatakan pernah diungkapkan oleh Laksamana Hang Tuah. Ia bermaksud bangsa Melayu akan kekal selama-lamanya di dunia ini. Kata-kata itu seharusnya menjadi pembakar semangat kepada orang Melayu untuk terus menempah kejayaan khususnya di peringkat  antarabangsa dalam pelbagai bidang. Kita tak perlu risau kerana inn sha Allah bangsa Melayu tidak akan hilang di dunia ini. Namun yang merisaukan kita ialah bangsa Melayu sahaja yang kekal tetapi peradaban Melayu terus terkubur. Kenapa dan mengapa?

Peribahasa "Bahasa menunjukkan Bangsa" bermaksud cara kita berbahasa menggambarkan keperibadian sesuatu bangsa itu. Nah, seharusnya konteks bahasa itu diperluas bukan sahaja dari skop cara berkomunikasi tetapi juga merangkumi adab dan kebudayaan. Ini disebabkan adab dan kebudayaan yang ditonjolkan oleh sesuatu bangsa sudah pasti mencerminkan keperibadiaan sesuatu bangsa. Ringkasnya, jika sesuatu bangsa itu beradab, maka bangsa itu juga akan dikenali sebagai bangsa yang bertamadun. Siapakah yang perlu mempertahankan ketamadunan itu?

No comments:

Post a Comment