Monday, November 17, 2014

Wang KWSP dah abis sebelum bersara




Kelmarin, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bercadang melanjutkan sehingga umur 60 tahun bagi mengeluarkan keseluruhan  simpanan persaraan dan bukan lagi pada usia 55 tahun seperti sekarang.  Adalah cadangan ini wajar dengan releven dengan keadaan anggota perkhidmatan awam yang rata2nya telah pun mengeluarkan simpanan KWSP mereka sebelum bersara. Saya sendiri telah mengeluarkan simpanan KWSP saya untuk deposit rumah kedua tahun 2002. Kini cuma tinggal sedikit sahaja dalam KWSP.

Cadangan ini sebenarnya bagus bagi mereka yang belum mengeluarkan simpanan kerana ia menampung kehidupan selepas bersara sehingga berusia 75 tahun.  Sebenarnya pencarum perlu kurangkan pengeluaran simpanan persaraan atau ia hanya dikeluarkan apabila bersara dan mencapao 100 peratus hasrat penubuhan KWSP. Nah! apabila KWSP membenarkan pengeluaran simpanan persaraan sebelum umur persaraan, ia sebenarnya menyimpang daripada matlamat penubuhan KWSP.

Kebenaran untuk mengeluarkan simpanan amat menarik minat setiap anggota perkhidmatam awam walaupun ia cuma pilihan. Jika tak dikeluarkanpun duit itu tak akan menjadi kesalahan malahan terus bertambah untuk masa depan.  Perlu diingatkan kepada mereka yang belum melakukannya biarkan duit simpanan KWSP itu tersimpan sehingga usia persaraan supaya kehidupan ketika itu lebih selesa dan mewah.

No comments:

Post a Comment