Monday, November 17, 2014

Keputusan Mahkamah Syariah tak boleh diganggu



Sewajarnya sebagai rakyat Malaysia kita mesti mematuhi Perkara 121 (1a) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Mahkamah Sivil tidak boleh mengganggu perintah dan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah. Malahan ia perlu dihormati semua pihak bagi mengelakkan salah faham dan kekeliruan dalam masyarakat.

Ada perkara yang sepatutnya dibincangkan dalam Mahkamah Syariah tapi kini dibicarakan dalam Mahkamah Sivil seperti lelaki Islam berpakaian perempuan. Keputusan yang diumumkan baru2 ini boleh mengelirukan rakyat. Ia juga menyebabkan imej Islam terjejas. Apa pun perkara ini masih dalam proses rayuan dan kita cuma menunggu keputusan. Moga perkara begini memberi pengajaran untuk meningkatkan dan memperkasakan agama Islam.

No comments:

Post a Comment