Wednesday, September 17, 2014

Media sebagai saluran dakwah

Dalam pembangunan pesat ini, memang tidak dinafikan media massa terus relevan dengan kehidupan masyarakat sejagat. Malahan media massa sering kali dianggap sebagai sumber berita, maklumat, hiburan dan santapan rohani serta terdapat dia mana saja dalam kehidupan moden ini. Oleh itu, media massa merupakan saluran atau medium amat berkesan untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam industri media massa bermula 1980-an lagi. Satu jangka masa yang agak lama dan telah dikecapi oleh tiga kelahiran generasi, iaitu kelahiran 80-an, 90-an dan 20-an. Kemunculan pelbagai bentuk dan saluran media massa pada masa kini sama ada media cetak atau elektronik membuktikan perkembangan dan kepesatan ilmu dalam masyarakat. Secara tidak sedar media juga berpengaruh besar dalam kehidupan masyarakat seperti politik, ekonomi mahupun sosial.

Justeru itu, media massa memainkan peranan dan tanggungjawab yang penting dalam membentuk pemikiran rakyat. Inovasi minda juga berlaku disebabkan pengaruh media. Setiap hari ada saja berita-berita atau rencana yang disiarkan dalam media massa yang mempunyai keupayaannya tersendiri. Keberkesanan sesebuah berita adalah hasil kepekaan wartawan dan kebijaksanaan editor menilainya.

Kini ternyata saluran televisyen terutamanya banyak menyiarkan maklumat yang mempunyai sasarannya masing-masing. Sebagai contoh TV Hijrah, NTV7, TV3, TV1 dan TV2 yang masing-masing menyiarkan rancangan yang pelbagai dengan pendekatan yang berlainan. Setiap penerbit mempunyai visi dan misi yang dilaksanakan. Apa yang perlu ditekankan di sini adalah maklumat yang disebarkan itu hendaklah mengambilkira tanggungjawab mendidik masyarakat. Maklumat yang dihebahkan mestilah ke arah kebaikan dan bukannya kemungkaran. Ada disebutkan bahawa Rasulullah SAW meletakkan beberapa prinsip dalam menyampaikan dan menerima sesuatu berita.

Sabda beliau yang diriwayatkan Imam Muslim yang maksudnya, "Sesiapa menyampaikan daripadaku hadis yang kelihatan dusta, maka dia salah seorang pendusta".  Lalu ditekankan bahawa prinsip pertama, berita disampaikan itu hendaklah berdasarkan kebenaran melalui fakta dan bukti yang jelas. Berita yang berbentuk sangkaan dan gosip hendaklah diedarkan demi kebaikan sejagat.

Sifat berhati2 untuk menghasil dan menyebarkan sesuatu berita itu adalah untuk mengedarkan pergaduhan dan perpecahan sesama Islam itu sendiri. Prinsip kedua, ialah media massa hendaklah berpegang kepada amal makrup nahi mungkar demi kebaikan. Makanya, media massa perlu memainkan peranan untuk mendidik dan bukannya kemungkaran serta kerosakan.

Selain itu, media juga sebagai pemangkin untuk mengeratkan hubungan erat dan murni. Malahan, berita itu jugak menjadi ilmu dalam mengharungi kehidupan sebagai insan. Mereka boleh berkongsi maklumat dan membentuk kesepakatan sehingga lahirlah ikatan persaudaraan yang indah.

No comments:

Post a Comment