Thursday, June 26, 2014

Corat coret - Cabaran dunia Pegawai Perhubungan Awam



Perhubungan Awam itu amat luas. Berhubung dengan manusia atau berkomunikasi dua hala demi mendapatkan maklumat. Penggunaan bahasa dan ayat-ayat yang indah. Bila bercakap hendaklah senyum atau manis muka. Keterampilan yang kemas dan cantik (universal cantik itu). Mungkin juga sedap dan selesa mata memandang. Saya beranggapan macam itulah antara tatacara diamalkan ketika melayari tugasan sebagai Pegawai Perhubungan Awam.

Sesungguhnya, ketika mula terlibat dengan bidang perhubungan awam ini saya tak menyangka perkara-perkara negatif. Maklum le pengalaman amat kurang. Memang le setiap tindakan atau tugasan yang dilaksanakan ada unsur perhubungan awam. Namun segalanya itu berlaku tanpa sedar.  Setiap perlakuan itu perlu dijaga demi imej yang baik. Imej melahirkan keindahan di hati dan mata pelanggan.  Dapat mewujudkan rasa senang dan suka berhubung dengan seorang Pegawai Perhubungan Awam itu merupakan pencapaian yang diimpi-impikan dalam dunia komunikasi dua hala ini.

Sepanjang berkhidmat sebagai Pegawai Perhubungan Awam ini antara pengalaman yang dapat dicoretkan untuk dikongsikan ialah, ketika mula-mula mengurus penerbitan Buku Laporan Tahunan KEKKWA. Saya memang tidak ada pengalaman berkaitan buku berkenaan sebelum ini. Bagaimana saya bersama PRO (sambilan)yang lain cuba juga membuat dummy. Dummy itu ditunjukkan kepada KSU. Dia tidak puas hati. Lantran itu, KSU pun membawa saya dan seorang lagi PRO (sambilan) untuk menemui Yasmin Ahmad (kini arwah). Itu le pertama kali saya berjumpa dan  berbincang dengan pengarah filem itu. Betapa terujanya saya ketika itu. Tak sangka KSU membawa kami berjumpa dia semata2 untuk menyiapkan buku laporan tahunan. Agak mengambil masa yang lama perbincangan kami.  Sayangnya, KSU tidak menunjukkan dummy buku itu kepada beliau. Saya memang hairan kenapa buku itu diletakkan di bawa punggungnya. Sebelum itu dikepitnya. Saya terus meneka2 macam2 ketika itu.

Dalam perjalanan pulang KSU menyatakan harga untuk mencetak buku itu agak mahal. Beliau tidak mau membazir. Ya Allah gitu rupa2nya. Beliau mau yang berkualiti dan mewah pendekatannya tapi harga mesti murah. Penat minda saya.....

1 comment:

  1. Pengalaman lah yg paling berharga, kan puan...semoga terus cemerlang...��

    ReplyDelete