Wednesday, September 17, 2014

Kosmatik ada racun



Ramai wanita kalah disebabkan nak cantik. Mereka mahu mencuba produk di pasaran disebabkan faktor kecantikan. Awas jangan disebakan nak cantik sanggup menggunakan bahan beracun. Masa kini terlalu banyak bahan kosmatik di pasaran yang menggunakan bahan dicampur racun. Tujuannya untuk mendapat hasil yang cepat. Bila panas di pasaran tentu keuntungan akan berlipat kali ganda.

Ketika bertugas di Kementerian Kesihatan saya menerima seorang pengadu. Memang tugas Pegawai Perhubungan Awam mendengar aduan dan membantu apa yang patut Dia wanita bergaya dan punya personaliti yang menarik. Sayangnya, dia bertahun-tahun tertekan kerana percayakan bahan kosmestik yang diperkenalkan oleh kawan.  Kosmestik itu menyebabkan dia  berdepan dengan kerosakan muka yang bertahun-tahun dan tentunya membelanjakan wang yang bukan sedikit untuk memulihkan mukanya. Bagai nasi menjadi bubur.

Saya amat kasian dengan wanita dari Negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Sebanyak tiga kali dia datang bersama suami. Mereka membawa semua bahan2 berkaitan. Perbincangan dengan pihak berkenaan pernah diadakan. Namun yang menjadi pengajaran kepada saya ialah semangat wanita itu yang tak pernah berputus asa. Dia terus berjuang dan berjuang. Cuma saya tak pasti apa perkembangan beliau sekarang....

No comments:

Post a Comment