Tuesday, June 17, 2014

Ilmu siber perlu untuk elakkan masalah sosial


Perkembangan teknologi amat pesat. Kemudahan maklumat begitu canggih. Cabaran untuk minda memerlukan kekuatan diri yang bukan sedikit. Ini disebabkan maklumat positif dan negatif berada di hujung jari. Dunia tanpa sempadan. Jika tidak pandai membawa diri boleh hanyut dengan kemudahan maya siber.

Dengan itu, ilmu pengetahuan mengenai jenayah siber amat perlu. Ia sebagai bentang utama untuk setiap insan di muka bumi ini terutama kanak-kanak dan remaja di negara ini. Perkembangan alam siber begitu  mencabar. Penyebaran maklumat pantas. Kalangan anak-anak muda perlu dididik supaya bijak membuat kajian dan meneliti kesahihan maklumat terlebih dahulu bagi memastikan mereka selamat dari segala ancaman dan peengaruh. Mereka juga perlu memastikan maklumat itu benar atau fitnah.

Tanpa ilmu yang cukup dan terkini kanak-kanak dan remaja boleh hanyut. Ini disebabkan banyak kes yang membabitkan pengguna media sosial  di alam siber dilaporkan malah, ia sekali gus mengundang terhadap masalah kerosakan sosial. Ini disebabkan cara penggunaan internet yang tidak bertanggungjawab. Terdapat juga kalangan remaja misalnya hilang budaya bahasanya. Malahan ada yang lebih memilih untuk berkomunikasi denga gajet sahaja.

Perlu bersedia dengan ilmu yang cukup untuk mengelakan jenayah siber. Berfikir dahulu secara rasional dan bukan mengikut emosi ketika melayari internet adalah tindakan bijak untuk mendapatkan impak yang terbaik untuk diri sendiri dan masyakarat serta negara.

Aj/media sosial

No comments:

Post a Comment